Skip to content

CARA MENGUBAT DAN MENCEGAH PENYAKIT MIGRAIN

November 15, 2012

Adakah anda selalu pening atau sakit kepala. Lebih mudah lagi disebut migrain. Ada di kalangan kita menghadapi penyakit ini namun begitu bagaimana cara untuk mengubati dan mencegahnya.Mengikut petua yang saya dapat dan amalkan, saya mengambil garam kasar (1 kg), kacang hijau ( 500 g) dan lada hitam (200 g). Apa yang boleh dibuat dengan bahan-bahan ini. Adakah dimakan atau dibuat minuman. Semestinya tidak sama sekali. Apa yang anda perlu lakukan adalah ambil garam kasar, kacang hijau dan lada hitam tadi digaul kesemuanya. Selepas itu cari tempat untuk letak bahan tersebut dan kita pijak-pijakkannya. Ia sesuai dilakukan setiap pagi sekali dan petang sekali selama 15 – 20 minit sehari. Ia sesuai dilakukan sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja jika berkesempatan. Atau tidak sempat, kita boleh lakukan pada waktu minggu atau masa lapang. Selepas pijak bahan-bahan tersebut, jangan buang tapi simpan dan ulang lagi sehingga anda dapati sudah lama.

Sekiranya ada masa lapang ketika hujung minggu, balik kampung dan sebagainya, cuba pergi ke pantai atau tempat berkelah, berjalan tanpa selipar/kasut dengan makna lain berkaki ayam. Ini adalah kerana tanah, pasir yang kita pijak itu dapat memberi caj-caj positif kepada badan kita yang dapat menyegarkan tubuh badan kita. Disamping itu jua ia dapat menghilangkan stress atau tekanan ketika kita penat bekerja. Adalah lebih baik lagi jika ada bendang, cuba jalan berkaki ayam tapi pastikan ia selamat untuk dipijak.

Saya harap petua ini berguna untuk amalan kita sehari-hari. Niat kerana Allah untuk sembuh penyakit. Sampai di sini sahaja, jumpa lagi dalam penerangan yang lain pula.

Wassalam.

From → Medicine

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: